hari ni aku dh berjaya hbskan satu novel yg bertajuk
CINTA AIN NAQILAH
aku rasa semua org kena bc novel ni
sbb novel ni byk beri kita ilmu
(dlm cinta)
ini adalah sinopsis novel ni : maaf ye...copy n paste je...
~~~Cinta Ain Naqilah~~~
Cintanya penuh dengan keindahan, kehalusan, kesucian, dan keanggunan yang bukan mudah untuk dimiliki.
Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus-terang dengannya.
Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah. Kecewanya Ain Naqilah hanya tuhan yang tahu. Baru sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris.
Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Dia bukan wanita lemah yang akan merana kerana cinta. Keputusan dibuatnya demi kebaikan dirinya sendiri dan juga Fariz. Walaupun dia mungkin tidak mendendami Fariz tapi satu yang pasti mereka tidak mungkin akan kembali bersama.
Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah.
Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya. Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan menemaninya ke suatu destinasi yang indah?
pengajaran yg aku dpt bila hbs bc novel ni :
-jodoh semua di tgn tuhan...kita hnya mampu merancang
- kita kena tabah walaupun dugaan melanda
-sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya permudahkan segala urusan
- indahnya wanita itu bila dia menutup aurat
ok..aku dh bc..korang bila lg..
klu terjumpa kat kedai buku baik beli
sbb xkan rugi beli.
novel ni betul2 bgs..CAYA lah....
org yg bernama ain mmg WAJIB bce ni..hahah
ReplyDeletemai nk pinjam..ak ase cita ni best huhu..cuma x terbeli jek..aku bosan huhuhu
ReplyDelete